General

Friday, May 06, 2005

Menteri yang bermasalah membuat keputusan kurang bernas

Sejak kebelakangan ini, pihak Menteri-menteri Malaysia sentiasa menyalahkan rakyat dalam pelbagai bidang. Malah yang lebih mengecewakan, tindakan yang yang diambil secara tidak langsung telah menghukum rakyat. Seperti contoh;

1. Masalah dadah.

2. Masalah cukai pendapatan.

3. Masalah minyak/petrol/diesel.

4. Masalah kemalangan jalanraya.

5. Masalah tol.

Terdapat banyak lagi contoh yang boleh diambil kira. Huraiannya akan diberi di masa yang akan datang. Inilah yang berlaku apabila menteri kita tidak turun padang. Saya terfikir, bilakah kali terakhir menteri kita sendiri pergi ke pasar membeli kelengkapan? Bilakah kali terakhir beliau membeli sendiri stem dari pejabat pos? Bilakah kali terakhir beliau tidak menerima layanan VIP. Saya berpendapat selagi menteri kita mendapat layanan VIP maka mereka tidak akan mengetahui masalah sebenar yang berlaku di dalam negara dan lebih menakutkan apa yang berlaku di sekitar kawasan tempat tinggal beliau.